Di hari yang mulia lagi diberkati ni Kiki rasa macam syok je nak google2 pasal Muar ni. Ramai yang memperlekehkan tempat kelahiran Kiki ni. Dah tiba masanya untuk Kiki bagitau kat hangpa suma yang Muaq ni gempak jugak sejarahnya! *Berlatih cakap loghat Kedah konon..
Kalau u olls nak tau Muar atau juga dikenali sebagai bandar Maharani ni merupakan salah satu daerah dalam negeri Johor. Muar ni terletak di sempadan negeri Melaka (Sungai Rambai) di utara, daerah Segamat di timur dan daerah Batu Pahat di selatan.
Menurut info dari Wiki, keluasan Muar ialah 2346.12 km persegi. Muar ada penduduk seramai 328,695 orang. Angka ni tak termasuk lagi dengan pendatang asin gyang melambak-lambak tu. Sah-sah diorang tak termasuk dalam bilangan penduduk tu kan.
Sungai Muar merupakan sungai yang terpanjang di negeri Johor.
Bertahun-tahun lamanya Muar menjadi bandar kedua terbesar di negeri Johor tetapi kini telah diambil alih oleh daerah Batu Pahat. Tetapi sehingga kini, dari segi pentadbiran, Muar menjadi bandar kedua terpenting selepas Johor Bahru.
Nostalgia zaman dulu-dulu masih terasa di tengah-tengah bandar Muar apabila deretan bangunan yang dibina sebelum Perang Dunia ke dua masih mewarnai daerah ini. Senang je nak tahu usia bangunan-bangunan di Bandar Muar ni sebab di kebanyakan bangunan di sini ada tertera tahun ianya dibina.
Kopipes from wiki:
Sekolah yang paling terkenal di Muar ialah Sekolah Tinggi Muar. Ia ditubuhkan pada 1904 dan bangunan sekolah yang dibina pada 1915 masih berdiri megah. Semasa Perang Dunia Kedua, sekolah ini telah digunakan sebagai kem tahanan pihak Jepun. Bekas pelajar sekolah ini termasuk pembesar negeri dan pemimpin, pegawai tinggi Kerajaan dan industrialis seperti Tan Sri Osman Saat, Tan Sri Muhyiddin Yassin, Dato Seri Abdul Ghani Othman, Dato Chua Jui Meng, Mr. Rahul Doraisamy, Mr. Sathesh Narayanan, Mr. Adam Tee, Mr. Victor Yeo, Mr. Senthil Doraisamy dan Mr. Triptipal Singh.
Penduduk terkenal
Berikut adalah senarai penduduk terkenal yang berasal dari Muar.
- Menteri wanita pertama di Malaysia, Tun Tan Sri Dr Fatimah Hashim lahir di Muar.
- Menteri Besar Johor, Datuk Abdul Ghani Othman
- Bekas Pengerusi Tetap UMNO, Tun Sulaiman Ninam Shah
- Bekas *Menteri Besar Johor, Tan Sri Othman Saat
- Timbalan Perdana Menteri yang juga bekas Menteri Besar Johor, Tan Sri Muhyiddin Yassin
- Bekas Menteri Kesihatan, Chua Jui Meng
- Penyanyi/Selibriti terkenal, Ramlah Ram, AC Mizal, Mat Sentul, Nashrudin Elias, Zainal Abidin, Jaafar Onn ,Zainal Alam,Syed Ismail Syed Ibrahim (Mael XPDC), Joe Wings Abdul Zamin bin Abdul Kadir , joe wakaka crew dr showdown juga adalah anak jati muar
- Pemain badminton Malaysia, Yap Kim Hock
- Presiden Singapura, Sellapan Ramanathan pernah tinggal di Muar di zaman kanak-kanak beliau.
- Namewee
No comments:
Post a Comment