Koleksi Kenderaan Sultan Johor, Sultan Ibrahim Ibni Almarhum Sultan Iskandar memang dah lama jadi tumpuan ramai. Ramai yang geram tengok koleksi kenderaan tuanku yang mewah-mewah tu. Tuanku nie memang peminat dan pengumpul kereta mewah dan berkuasa tinggi. Semua kereta tuanku hebat-hebat dan jarang boleh nampak kat Malaysia ni. Semua kenderaan ni dibeli dengan duit dia sendiri pulak tu. Bayangkanlah berapa banyak duit dia.
Nie antara koleksi kenderaan tuanku :
Giler banyak kereta tuanku ni. Hurmm.. Ni tak termasuk lagi dengan koleksi kereta antik yang tuanku kumpul. Kalau tak silap kereta antik tuanku tu kebanyakannya kereta dari turun temurun keluarga tuanku. So maknanya memang satu kerabat sukakan kereta hebat-hebat laaa..
Cuba try test bayangkan berapa giler besar garage tuanku untuk simpan semua ni?? Kalau dah banyak macam ni kite curi satu pun belum tentu tuanku nak perasan. Hahaha.. :p
Kereta yang kat bawah ni pulak adalah kereta paling latest dari koleksi tuanku. Nama kereta ni kalau tak silap eja : Bugatti Veyron. Kereta ni yang pertama berada di Malaysia. Tak ada orang lain pakai.
Kalau nak tahu fakta menarik pasal Bugatti Veyron ni sila KLIK INI !!
Ni baru cerita pasal kereta, belum cerita pasal koleksi Harley Davidson tuanku pulak. Kiki rasa-rasa tuanku ada beratus koleksi motorsikal berkuasa tinggi.
Lagi gempak bila tuanku jugak ada helikopter dan personal jet dia sendiri. Cool seyh !!
Kalau u olls nak tahu kenderaan-kenderaan ni semua tuanku pandu sendiri tau. Apa barang doe beli mahal-mahal pastu suruh driver bawak. Watever pun tuanku memang sooo cool. Dari kereta sampai lah ke helikopter, private jet dan kapal laut semuanya tuanku pandu sendiri. Lagi satu, tuanku siap ada lesen bawak kereta api lagi. Walaweyh.. Sultan Johor memang gempak. Terbaikkkk !!!
U olls semua tak payah nak pertikai tuanku pakai duit rakyat bagai. Kalau tak tahu diam ehhh.. Jangan nak kutuk sana sini pasal Sultan negeri aku.
FYI, royale family kitorang memang dah lama close dengan British and Bisnes diorang dah lama established. And tuanku beli ni semua guna duit bisnes dia okay !! Kerabat diraja Johor tidak mengambil satu sen pun dari elaun kerajaan sejak pemerintahan Almarhum Sultan Ibrahim Sultan Abu Bakar. Siap buat beberapa yayasan lagi ada lah. Tuanku siap kurniakan 11 buah kereta dan 8 buah motorsikal harley davidson kepada PDRM tau.