Sehari menjelang Hari Keputeraan Sultan Johor, Sultan Ibrahim Sultan Iskandar. Thats why la entry hari ni Kiki setting jadi colour kuning semperna keputeraan sultan Johor & highlight colour biru mewakili warna rasmi negeri Johor
Berbeza dari kebiasaan di mana pada majlis keputeraan kali ini diadakan di luar Istana Besar, JB setelah 125 tahun diadakan di situ setiap tahun. Tuanku mengambil keputusan untuk mengadakan majlis di Daerah Muar sekali gus meraikan pengisytiharan Bandar Maharani a.k.a Bandar Muar sebagai Bandar Maharani.
Sambutan ini yang telahpun bermula jam 6 p.m tadi dimulakan dengan bacaan tahlil dan doa kesyukuran semperna pengisytiharan Muar sebagai Bandar Diraja. Sambutan ini akan berlansung sehingga 26hb ini.
Seluruh rakyat Johor tahu yang Tuanku ni memang sangat berjiwa rakyat. Tuanku telah mengatur pelbagai aktiviti sepanjang 5 hari sambutan ini berlansung.
Semperna pengisytiharan ini juga rakyat Johor dikurniakan sebuah monumen mercu tanda sebagai kebanggaan dan identiti daerah ini. Atas perkenan Tuanku, JKR Daerah dipertanggungjawabkan membuat reka bentuk dan mempersembahkan kepada Tuanku pada Hari Keputeraan Tuanku iaitu esok.
Monumen ini dibina di bulatan Sulaiman berdekatan dengan Jalan Temenggong Ahmad. *Dekat depan Wetex Parade, tempat Kiki selalu hang out masa zaman tak matang dulu.
Masa monumen tak siap lagi hari tu nampak macam aneh-aneh je tapi bila dah siap cantiklah pulak. Lagi-lagi kalau tengok waktu malam. Ada air pancut dengan lampu warna-warni. Mesti pendatang-pendatang asing yang terlampau melambak kat Muar ni berebut nak snap pic kat monumen ni tiap hujung minggu.
Semua pihak giat buat persiapan sejak bulan lepas lagi. Bulan ni umpama bulan sibuk bagi orang-orang Muar. Sana sini dinaiktarafkan, diubahsuai, dan diindahkan. Suasana agak pelik, jalan makin jem, semua orang sibuk buat kerja. Macam-macam yang kami buat. Bukan pihak MPM, JKR dan jawatankuasa je yang giat buat persiapan tapi semua rakyat Muar turut serta sama.
Antara aktiviti persiapan yang kami buat sebelum menjelang hari sambutan ni termasuklah:
- JKR Daerah diberi tanggungjawab mereka bentuk dan membina monumen mercu tanda di tengah-tengah bandar Muar
- Kerja-kerja menghiasi jambatan Sultan Sulaiman. Nanti jambatan tu akan ditutup. Orang ramai berpeluang melakukan apa saja aktiviti di atas jambatan itu termasuk melihat pertunjukkan bunga api yang dilepaskan dari Dataran Tg. Emas.
- Dewan Jubli Intan Sultan Ibrahim dibaiki, dicat dan dalamannya dihiasi dengan dekorasi indah ala-ala pemandangan di dalam istana.
- Program gotong-royong perdana di seluruh Daerah Muar termasuk Pagoh dan Ledang. Tak ada yang terkecuali !!
- Jalan raya diterangi dengan lampu berwarna-warni bagaikan nak menyambut pesta paling gah di abad ni.
- Kerja-kerja penurapan jalan.
- Bangunan-bangunan utama dicat semula.
- Penjelajahan semperna meyanbut Hari Keputeraan SJ ke seluruh Daerah Muar dan mukim-mukim.
#Lepas ni Muar bertukar wajah la !
CP pic ;) :
Tak tau apa nama monumen ni tapi Kiki panggil "Menara Jam Besar" |
Bendera Daerah Muar |
Dataran Tg Emas, tempat SJ isytiharkan Bandar Diraja |
Persediaan sebelum hari sambutan |