Sedar tak sedar dah 2 bulan dah aku cuti. Rasanya macam baru minggu
lepas aku balik bawa beg besar. Cepat
sangat masa berlalu kan. Berat hait
pulak rasanya nak balik Kedah. Bukan tak
seronok kat sane tapi bak kate orang dulu2 “hujan emas di negeri orang, hujan
batu di negeri sendiri”. Biarpun hari2
bergaduh ngan abang2 & anak buah tapi rumahku syurgaku…
Sepanjang 2 bulan cuti ni aku juz membusungkan perut kat umah je. Nak keje malas. Habiskan mase depan TV, depan Lappy, bace novel & jadi assistant mak kat rumah jela sepanjang cuti ni. Nak jalan-jalan pun kawan2 sume takde yang dah start cuti. Diorang sume ngah sibuk nak final. 2 minggu terakhir ni baru ada yang dah start semester break. Barulah aku merasa nikmat hang out ngan kawan lama. Sume kate memang susah benar nak jumpa aku lepas aku sambung belajar kat Kedah. Siap ada yang salahkan aku lagi sebab aku pilih tempat belajar yang jauh2. Suka-suki diorang je kan nak kate macam tu.
Banyak yang terjadi sepanjang cuti ni. Ada yang dah rancang punyalah
gempak alih2 tak jadi tapi ada jugak yang tak rancang lansung tapi tibe2
terjadi dengan bapak gempak. Huhhhh.. ayat pasif tu… Fahamkan betul2.. Hahahaha.. Apa yang jadi biarlah rahsie. Hihihi..
Memanglah tidak dapat dinafikan sepanjang cuti ni Kiki ada la juga rindu pada kawan2 Kiki kat Alor Setar tu. Antara yang Kiki paling rindu ialah Nabila Fadzullah
Dia ni kawan serumah aku kat AS.
Dia budak negeri 9 tapi muka macam budak Penang. Adoooiiii… Dia ni memang bengong sikit. Eh3.. bukan sikit tapi bengong banyak.
Hahahaha.. Tapi walaupun dia ni bengong
tapi dia ni baik hati. Dia selalu masak
untuk Kiki. Dia lagi expert ar bab masak
ni dari Kiki.
Dan yang paling sedih Kiki hilang kawan2 yang selama ni selalu ada
dengan Kiki. Bukan diorang yang tak nak
kawan dengan diorang tapi Kiki sendiri yang nak lari jauh2 dari diorang. Sebabnya, salah seorang dari kawan Kiki tu
cakap Kiki juz cari mereka bile Kiki susah, bile Kiki ade masalah je. Siyesly Kiki tak ade niat macam tu. Kiki
ikhlas sangat2 kawan ngan diorang dan Kiki rase tak pernah mintak pertolongan
diorang. Tak tau la ape motif dan sebabnya die nak kate macam tu kat Kiki. Kiki
rase macam diri ni terlalu membebankan mereka pulak. So Kiki ambik keputusan untuk pergi jauh2
dari hidup mereka dan berharap supaya Kiki tak akan “MENYUSAHKAN” mereka lagi.
Hidup dekat negeri orang ni bukanlah benda yang mudah. Semestinya ia suatu yang mencabar. Dulu masa duduk dalam asrama tak lah terasa sangat cabarannya tapi sekarang dah duduk kat rumah sewa memang terasa sangat. Jiran2 tak bagi respon yang positif bila kami sapa & senyum pada mereka. Memanglah tak semua macam tu tapi majority memang macam tu lah perangainya. Kadang2 aku tertanya juga dalam hati, aku ni nampak jahat ke? Muka aku ni nampak macam perompak ke? Ke memang perangai orang Kedah rupa tu. Hmmmm.. aku pun tau apa masalahnya.
Azam baru tuk semester baru ni semestinya nak yang lebih baik dari
semester lepas kan? Kali ni aku tak boleh nak pandang arah akademik je, aku
kene fikir jugak soal orang sekeliling. Sekarang aku dah duduk dalam kawasan
perumahan yang majoritinya golongan dah berkeluarga so aku kenalah belajar
hidup bermasyarakat. Dah hidup kat negeri orang kenelah ikut rentak diorang.
Kiki rase semua budak-budak IPT akan rase benda yang sama. Memang semangat berkobar-kobar tak sabar nak mulakan kuliah tapi nanti dah 3,4 minggu jangan haraplah semangat ni nak wujud lagi dalam hati yang kerdil ni.
Walaumacammanapun, aku tetap nak wat yang lebih baik dari semester
lepas. Kali ni kena study ikut jadual & bukan ikut mood ye Shakila !
Ingatlah ite study kerana Allah. Kalau kita ingat kita nak belajar sebab nak kejar pahala ibadat, kita tak akan berhenti berusaha sebab Islam sukakan umat yang sentiasa Istiqamah kan?
Wahhh.. panjang lebar entry Kiki kali ni. Kemain lagi semangat nak menaip. Almaklumlah dah dekat 3 bulan tak conteng blog comot ni kannnn.. Sudah-sudahlah tu Kiki oiii..
Orang yang bace ni pon dah naik muak dah membacanya.
wassalam…
Wahhh.. panjang lebar entry Kiki kali ni. Kemain lagi semangat nak menaip. Almaklumlah dah dekat 3 bulan tak conteng blog comot ni kannnn.. Sudah-sudahlah tu Kiki oiii..
Orang yang bace ni pon dah naik muak dah membacanya.
wassalam…